|
Program Rebat Tunai - 'Welcome Rebate' |
|
|
|
|
Dapatkan faedah rebat/diskaun tunai bilamana anda membeli produk/perkhidmatan dari peniaga/usahawan yang menyertai Program 'Welcome Rebate'. Faedah rebat tunai melibatkan pembelian secara 'walk-in' dari peserta peniaga/usahawan yang menyertai program 'Welcome Rebate'.
Senarai peserta program 'Welcome Rebate' akan sentiasa dikemaskini dalam laman web ini dari masa ke semasa. Pihak E-Komuniti juga amat menggalakan lebih ramai peniaga/usahawan menyertai program ini supaya lebih banyak produk dan perkhidmatan dapat dimanfaatkan oleh semua ahli.
Untuk itu semua ahli E-Komuniti disarankan memperkenalkan kenalan usahawan/peniaga mereka ke program ini. Apa jua bidang sama ada jualan runcit, jualan langsung, perkhidmatan, ekstraktif, pembuatan dan sebagainya adalah dipelawa masuk ke program ini. Penyertaan adalah percuma. Cas minima hanya akan dikenakan jika melibatkan iklan komersil.
|
|